Thursday 30 January 2020

Makanan Sihat Untuk Wajah & Kesihatan

BERKEINGINAN MEMILIKI KULIT YANG CANTIK DAN SIHAT ?  AMALKAN MAKANAN INI UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG TERBAIK BUAT KESIHATAN ANDA

Dizaman serba morden ini terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh kita dapati, tidak kira ianya makanan sihat ataupun tidak sihat. Jadi sebagai seorang yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita mestilah memilih makanan yang mengandungi sumber-sumber yang baik untuk tubuh badan kita. Makanan yang sihat dapat memberikan tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan dapat menghindari daripada pelbagai penyakit. 

Keinginan untuk memiliki kulit yang cantik adalah bermula daripada jenis pemakanan yang kita makan. Disini terdapat beberapa makanan sihat yang dapat saya berikan kepada anda semua untuk mengetahui serba sedikit makanan sihat untuk anda mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Antara Makanan Sihat Yang Boleh Diperolehi :


sumber : Pixabay.com

1. COKLAT GELAP ( Dark Chocolate)

    Coklat gelap kaya dengan koko yang terbukti membantu mendapat kulit yang licin tetapi perlu diingatkan bahawa pengambilan tidak boleh terlalu kerap. Coklat gelap juga dapat melancarkan pengaliran darah. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan prestasi otak dan ia juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

       Bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan juga dianjurkan . Terdapat satu kajian dilakukan di itali pada tahun 2005 mendapati bahawa coklat dapat meningkatkan sensitiviti dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis. Seterusnya coklat gelap ini dapat melindungi dan mencantikkan kulit anda.






sumber : Pixabay.com


2. TOMATO
    
     Secara amnya, tomato kaya dengan likopena, antioksidan yang meningkatkan perlindungan terhadap sinaran matahari. Bagi lelaki, tomato bagus dan baik untuk kesihatan prostat anda. Pengambilan tomato setiap hari dapat memberi rangsangan yang besar kepada kesihatan. Tomato tidak mengandungi banyak kalori. Selain itu, ia juga mempunyai nilai pemakanan yang tinggi.

          Vitamin A yang terdapat dalam tomato, dapat menolong dalam pembaikan penglihatan dan mencegah rabun malam dan degenerasi makula. Vitamin A adalah antioksidan yang mujarab bagi terbentuk dari beta karotena yang berlebihan di dalam badan.



sumber : Pixabay.com


3.BERI BIRU

      Beri berwarna biru ia kaya dengan antioksidan selain pembekal utama vitamin A , C, dan E dalam memberikan keanjalan pada kulit serta mengurangkan kerosakkan pada kulit. Ia mengandungi serat yang boleh memperlahankan kadar pengeluaran gula ke dalam salur darah dan membantu sistem penghadaman lebih sihat. Warna biru terhasil daripada antisianin membantu menyihatkan jantung, mengekalkan tulang kuat, kanser dan kesihatan mental.


sumber : Pixabay.com

4. LOBAK MERAH

      Lobak merah ini kaya dengan beta karotin dan ia membantu dalam memberi kecerahan kepada kulit anda. Kandungan beta kerotin, dipercayai berkesan untuk mencegah tubuh dari serangan barah. Memakan 6 biji lobak merah dalam seminggu, menurut kajian Universiti Havard, dapat mengurangi risiko kolesterol tidak baik dalam tubuh, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

        Beta kerotin juga telah dapat melindungi dari degenerasi makula dan katarak yang merupakan salah satu masalah kesihatan mata yang sering terjadi pada orang tua. Selain itu, ia baik juga untuk kesihatan buah pinggang. Meskipun pakar mengatakan bahawa orang dengan penyakit buah pinggang tidak boleh minum jus, ternyata lain halnya dengan lobak merah, sayuran ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang.



sumber : Pixabay.com


5. IKAN SALMON

     Isi ikan salmon berwarna merah jambu/ jingga ini mengandungi karotenoid yang dipanggil astaxanthin yang beribu lebih baik daripada Vitamin C dan E. Benda yang paling penting adalah ia membekalkan kolagen pada kulit anda. Ini menyebabkan wajah kita boleh menjadi seperti awet muda.

        Ikan Salmon ini baik untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan . Omega 3 juga amat penting dalam perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu hamil. Berbanding ikan laut yang lain, ikan salmon ini mengandungi jumlah merkuri yang lebih rendah sekaligus mengelakkan risiko gangguan pada proses pengembangan sistem saraf bayi.

         Selain itu, sakit jantung dan strok merupakan dua penyebab kematian di dunia. Manakala, Ikan salmon pula dikatakan sebagai makanan terbaik untuk menjaga kesihatan jantung anda. Tidak mengejutkan bahawa sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan ikan salmon ini mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat serangan sakit jantung.


sumber : Pixabay.com

6. OAT

     Oatmeal adalah bijian yang paling terbaik untuk sarapan pagi berbanding dengan bagel dan jeli. Ia memberikan dua kali ganda manfaat untuk kulit. Oat bukan sahaja berkesan untuk kulit, tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan kosisten sepertimana yang diperlukan untuk memperbaharui sel-sel usus.
       
      Oat merupakan bijirin gandum yang boleh membantu menurunkan risiko penyakit seperti darah tinggi dan diabetes tahap dua. Selain itu, Kombinasi antioksidan yang tinggi dan memiliki metabolisme yang lancar menjadi jawapan untuk mencegah penyakit kanser.



sumber : Pixabay.com

7. DAUN KALE

    Daun Kale adalah salah satu sumber terbaik lutein dan zeaxanthin, nutrien yang menyerap dan meneutralkan radikal bebas yang dicipta oleh cahaya sinaran UV termasuk gelombang panjang yang sebenarnya menembusi pelindungi matahari dan mencederakan kulit anda.

       Daun kale mengandungi zat yang disebut sulforaphane. Zat ini merupakan salah satu antioksidan dan simulator dari enzim detoksifikasi. Sulforaphane disebut-sebut dapat menghambat pertumbuhan kanser pada kanser payudara.


      

sumber : Pixabay.com

8. TIRAM

     Tiram merupakan makanan zink yang terbaik. Mineral ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan fungsi sel-sel kulit. Ia juga dapat meningkatkan kesuburan pada wanita. Hal ini kerana tiram sangat tinggi mengandung mineral yang disebut dengan mineral zink atau seng, yang berperanan penting untuk ovulasi yang sihat dan memproduksi sel telur (ovum) yang normal.

      Selain itu, Tiram juga dapat meningkatkan kekebalan pada tubuh. Kebiasaan mengkomsumsi makanan yang tidak sihat dan makanan sedikit nutrisi yang sihat adalah faktor utama menurunnya kekebalan tubuh terutamanya pada anak-anak.

.

sumber : Pixabay.com



9. WALNUT

     Walnut mengandungi anti oksidan pada walnut memiliki manfaat 15 kali lebih besar berbanding vitamin E. Anti oksidan dalam walnut mampu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat bahan-bahan kimia yang menyebabkan penyakit.

      Selain kaya dengan Anti Oksidan walnut juga dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanser dan penyakit saraf.



sumber : Pixabay.com

10. LABU

      Labu yang sudah masak adalah salah satu sumber beta karotin. Tubuh menukarkan beta-kerotin menjadi vitamin A, yang penting untuk pertumbuhan sel-sel kulit. Ini membantu menja kulit anda lembut, licin dan tidak berkedut. Labu juga dapat mengatasi rabun dan ketidakseimbangan gula dalam darah. Hal ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

        Selain itu, labu mengawal nafsu makan. Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta kerotin dan serat. Dikatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.



sumber : Pixabay.com

11. KIWI

       Kiwi ini membekalkan vitamin C hampir 120% daripada keperluan harian anda dalam satu kiwi sederhana. Vitamin C merangsang sintesis kolagen, yang menjadikan kulit tengang dan melicinkan kulit seperti kulit orang korea. 
  
        Selain itu, Kiwi juga dapat melegakan tidur anda. Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat membaiki kualiti tidur, menenangkan dan menstabilkan mood seseorang kerana kepadatan kalsiumnya yang tinggi.


sumber : Pixabay.com


12. UBI KELEDEK

       Cerotenoids seperti beta kerotin membantu menjaga kulit anda sihat dengan bertindak sebagai sunblock semulajadi. Apabila dimakan, antioksidan ini dimasukkan ke dalam kulit anda dan melindungi sel-sel kulit anda daripada pendedahan cahaya matahari. Ini membantu mencegah keradangan seleran matahari, kematian sel dan kesan kulit yang kering.

           Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stress dan memetabolismekan protin.



sumber : Pixabay.com

13. BROKOLI

       Brokoli ini penuh dengan banyak vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan kulit, termasuk zink, vitamin A dan vitamin C. Brokoli floret juga mengandungi sebatian khas yang disebut sulforaphane, yang sepertinya mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan. Ia mungkin mempunyai kesan anti-kanser, termasuk pada beberapa jenis kanser kulit.


sumber : Pixabay.com


14. AVACADO

       Avacado mempunyai lemak sihat yang tinggi. Minyak ini memberi manfaat kepada banyak fungsi dalam tubuh anda. Mendapatkan cukup lemak ini adalah penting untuk menjaga kulit yang fleksibel dan lembap. Avacado juga merupakan sumber vitamin E yang baik, yang merupakan antioksidan penting membantu melindungi kulit kerosakan oksidatif.


sumber : Pixabay.com

15. CHICKPEAS

         Diet yang tinggi glisemik termasuk makanan yang cepat meningkatkan gula dalam darah, menyebabkan tahap insulin yang tinggi yang dianggap membawa kepada perubahan hormon yang menyebabkan jerawat.

               Chickpeas adalah sumber yang kaya dengan magnesium, yang menjamin kesihatan kardiovaskular seseorang. kekurangan magnesium dalam orang yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung pada seseorang. Jika anda merancang untuk menurunkan berat badan, menghidupkan dengan kacang kuda diet akan menjadi sangat berguna. Kacang kuda kerana protein dan kandungan serat yang tinggi membantu mereka dalam mengawal rasa lapar.



sumber : Pixabay.com

16.LADA PAPRIKA KUNING

        Orang yang makan lada paprika kuning dengan kerap mempunyai kedutan yang kurang, ini mungkin disebabkan oleh antioksidan yang melawan radikal bebas penuaan. Selain itu, ia juga menjaga kesihatan rambut dan kulit. Lada benggala atau dikenali juga sebagai capsicum memiliki banyak anti oksidan dan vitamin lengkap yang boleh menjaga akar rambut dan ketegangan kulit.